Tuesday, January 3, 2017

2016.... Dunia Penuh Drama

Kehidupan kita ada dramanya sendiri. Kita sangka drama yang kita tengok cuma rekaan semata-mata. Tapi kita tak tahu sebenarnya rekaan itulah realiti buat diri kita. 2016, banyak cerita, banyak emosi yang meyelubungi hidup kita. 2016... aku konvo, aku tiada kerja, aku pergi interview banyak kali, aku kecewa, aku bengang, aku benci, dan aku meluat... Gembira itu ada.. cuma aku tak nak kongsi kegembiraan aku. Kalau orang lain mesti akan kongsi. Tapi aku tak.. 

2016
Seperti ayat aku mula tadi... kenapa aku sebut pasal drama. Aku sendiri terkejut cuma setahun duduk di rumah nenek aku. Tak sangka aku dapat tahu banyak drama yang aku tak tahu selama bertahun-tahun. Drama yang aku rasa tidak patut seorang hamba Allah ini pernah jejak kaki ke Tanah Suci membuat satu perkara yang sepatutnya sebagai orang luar patut buat. Dia tu 'ORANG LUAR'  yang asalnya dari seberang, tapi menyibuk mengalahkan 'ORANG DALAM' yang sepatutnya ada hak. Mungkin kisah orang ni sebagai satu pengajaran kepada aku bila aku dah bergelar isteri orang nanti. Serius aku bengang, dia perlu duduk diam bukan sibuk harta orang. Bukan ambil kesempatan kelemahan orang, bukan fikir benda di dunia ini untuk dirinya sahaja. Aku sangkakan drama ini bukan baru dibuat, tapi sudah bertahun-tahun berlaku sebelum arwah atuk aku meninggal. Cuma aku tak tahu... dia ambil kesempatan orang yang lemah. tahulah nanti apa akan jadi bila seseorang tu dah lama diam, dah lama buat endah tak endah, dan bangkit untuk tuntut hak sepatutnya pemilik tunggal itu berhak. Aku tunggu hari tu, bahawasanya kebangkitan untuk menegakkan kebenaran itu akan terjadi. Mana pergi emas, mana pergi tanah, mana pergi hak seorang pemilik tunggal yang berhak tapi dipinggirkan sekarang. Baru satu benda dibangkitkan, belum selebihnya. Jangan sampai akan terikut adat pepatih..  semua akan jadi pemilik tnnggal.


2016
Keikhlasan seseorang dianggap seperti sampah yang dibuang. Walhal keikhlasan tu la sebenarnya sifat orang selalu diuji oleh Allah dengan kesannya begitu mendalam lukanya. Salah ke kita buat kerja ikhlas, walhal kita tak pernah nak berkait dengan dirinya... semua yang negatif bagi kat kami... tapi semua yang positif tutup negatif dia. Aku bengang orang yang macam ni... tapi itulah hakikat dunia sekarang ni. Yang bersih yang cantik sempurna depan mata orang itu elok. Tapi yang buruk yang hodoh yang teruk yang hina ditutup sebab kecantikan itu, agara orang lain tak tahu. Malah yang buruk itulah diersalahkan orang lain. Walhal itu kesalahan besar yang sepatutnya jadi kulit buku muka mereka. Kita sedar kita dibawah, buat apa nak mendada mendongak langit. Sebab kita tahu Allah itu tinggi dan lagi Maha Berkuasa atas apa yang berlaku di dunia ini. Sebab itu Allah Maha Adil. Kita cuma hamba yang ikut cara dan perintah-NYA untuk sentiasa taat kepada-Nya. ALLAH mahu kita sedar kita memang lemah di depan mata orang. Orang itu pandang kita rendah. Dan dia sangka dirinya tinggi. Tapi dia tak tahu sebenarnya TUHAN itu lagi tinggi darjatnya. TUHAN lihat orang itu sama saja. Tiada VVIP, tiada keistimewaan.. melainkan amalan yang dilakukannya. Dunia sekarang yang berharta dipandang tinggi. Yang miskin dipandang rendah, Itulah dunia. 

aku teringat kata-kata akan lelaki ITALI yang katanya
"manusia ini sama saja buat apa kita nak pandang tinggi orang yang berpangkat, pangkat itu untuk apa sebenarnya?"

Bila difikirkan balik betul juga kata-kata lelaki ITALI. Orang EROPAH tak pandang pangkat tapi pandang kemuliaan. sebab apa, sebab jasa yang mereka lakukan untuk orang lain, bukan untuk diri sendiri. Itulah sebenarnya sebagai pengajaran kita sebagai manusia. Buat jasa untuk orang lain, bukan untuk diri. Sebab itu sentiasa membantu bukan makan sendiri. Bukan setakat orang Eropah sahaja, tapi orang Jepun ada juga bekerja ikhlas untuk negara. Berdisiplin, ikhlas untuk orang lain. 

Tuesday, November 26, 2013

JAMBU TU MEMANG MANIS TAPI DALAMNYA SANGAT BERBISA

Kenapa aku buat post ni.. aku cuma synchronise dengan apa yang perlu aku hadapi sekarang ini...
Jambu tu memang sedap tapi kita cuma lihat dulu sebelum merasa..
Jambu tu memang cantik dari luarannya... tapi kita tak tahu rasanya elok ke tak..
 
Minggu lepas aku terima satu tamparan hebat yang membuatkan aku 'down' dan aku rasa perlu hentikan... Jambu tu membuatkan aku berhenti untuk bercinta, buat aku untuk fikir mungkin Tuhan menduga perasaan aku yang beriya-iya.
 
Tuhan minta aku untuk lupakan Jambu tu.. Tapi Tuhan mahu aku sentiasa ingat akan diri-Nya
Allah Maha Adil.... Allah Maha Bijaksana... Allah memberi dugaan ini untuk aku sedar bahawasanya segala yang aku sayang perlu aku lepaskan.
 
aku cuma nak tahu kenapa Jambu tu jadi begitu berbisa sedangkan Jambu tu selalu dia ingat akan Tuhan. Kawan aku kata, 
"Setakat solat 5 waktu, belum tentu amalan lain yang dia lakukan sempurna"
Tu apa yang kawan aku cakap lah..
 
Aku nak tanya lagi dekat Jambu tu , Tapi Jambu tu dia tak nak borak pasal cerita ni lagi...
 
Aku sebagai hamba Allah yang lemah.. aku mungkin mendoakan semoga dia berubah...
 
Bismillahhirrahmannirrahim.... Rabbana.... 


Wednesday, October 23, 2013

Biar Diari itu Berhabuk

memang diari itu tas meja.. tetapi terkunci.. terkunci dengan kata laluan yang 
hanya tuan punya diari itu yang tahu... 
Diari itu diam dan hanya terisi bila tuannya mahu isi dan tulis dalamnya...

(huuuu..... ayat..)

ayat metafora... bukan nak isi ayat puitis tapi nak isi ayat luahan... 

New post tak bermaksud nak tambah cerita atau mengumpat tapi nak tambah luahan yang
mungkin sukar nak lepas.. 
terima kasih atas nama perkenalan... 
tapi diari masih berhabuk disebabkan tuan punya diari tak tahu nak isi apa...

asyik bercerita tentang cinta... diari itu sendiri rela mendengar luahan dari  tuannya
kerana terlalu asyik mengejar dunia, diari itu tersimpan di dalam kotak
diari itu berhabuk minta dibersihkan tapi tuannnya leka dengan kotak baru... 
kotak yang baru hanya membantu dengan applikasi yang baru... 
kesian diari yang berhabuk itu.. 
tinggal dengan habuk yang bakal menebali kulit diari itu...

Friday, March 22, 2013

3 minggu

3 minggu... ye 3 minggu dah aku hidup sebagai pelajar ijazah sarjana muda....  
3 minggu ni jugalah aku cuma menahan diri dari mnegeluarkan air mata.. 
tapi sayang, air mata ini tetap juga mengalir..
aku tak tahu apa yang dah terjadi pada diri aku sekarang ni.

bila aku fikir balik, ada sebabnya kenapa aku menangis..
aku menangis sebab aku tak dapat nak bawa subjek degree ni..
sebab aku dah tak ada teman kat sekeliling... 
sebab aku terlalu mementingkan diri... 
sebab aku nak berhenti sambung belajar... 

serius.. air mata aku tak boleh nak diseka lagi...
menyesal pun ada... tapi aku tak boleh nak buat apa-apa lagi. 
bila aku fikir balik, aku tak boleh buat macam ni..
aku fikirkan tentang family aku yang susah...
fikir tentang parents aku terutamanya...

serius... air mata aku mengalir lagi..
kawan yang aku anggap baik sepanjang diploma ni tak ada depan mata aku sekarang ini..
dia pun turut sedih bila aku bagi postcard yang terisi dengan luahan hati aku...
dia memang terasa.. hampir tiap hari aku luahkan kat dia 
apa yang jadi sepanjang 3 minggu ini..
aku memang rindu dia...
aku nak dia ada kat sini.. tapi Tuhan dah aturkan yang perjalanan kami tak sama..

aku tak nak dianggap macam pensel..
bila nak menulis baru pakai.. bila tak nak guna tersimpan dan terabai...
sekurang-kurangnya biarlah pensel itus sentiasa di pegang dan di tajamkan mata penselnya.


aku tak nak ibu bapa aku tahu aku menangis lagi..
last aku menangis sebab perkara ini masa aku tingkatan satu lagi...
aku tahu aku dah nak masuk umur 21 tahun.. 
aku tak boleh jadi budak lagi.. 
tapi itulah..apa yang terpendam kat dalam hati aku sekarang ini..
walaupun kat sini aku tak luahkan kat siapa-siapa... 
sekurang-kurangnya aku dah beritahu...

sob.. sob.. (T-T)






Sunday, March 17, 2013

kisah sendirian si bunga anggerik

17 March 2013..

hari yang aku rasa macam nak lupakan aje. Pagi mahu ajak kawan keluar. 
Tapi tiada siapa yang dapat teman. Aku pergi jalan keseorangan ke sebuah pusat membeli-belah.
beli barang yang aku perlukan. lepas beli barang, makan tengah hari. lepas makan tengah hari, pergi jalan-jalan. lepas tu singgah solat di surau yang berdekatan. 


kat dalam surau, sedang aku sibuk nak persiapkan diri untuk menunaikan solat zohor, ada seorang mak cik mengambil kerusi untuk duduk. dan mak cik tu duduk di belakang aku. Selesai menunaikan solat, mak cik tu memulakan bual bicara dengan aku. Dia cakap pasal kecurian yang berlaku di surau ini. 
lepas tu dia tanya aku dah kahwin ke? aku jawab belum lagi. Aku cakap kat mak cik tu, aku tengah belajar lagi. Aku cakap, aku ambil course filem. Mak cik tu tanya aku datang siapa ke sini, dengan kawan ke? Aku jawab tak. Mak cik tu tanya aku lagi, datang dengan  pak we ke? dalam hati aku masa tu,"WHAT?!" Aku terus jawab tak ada lah, mana ada pak we. Mak cik tu cakap lagi, kat u kan ramai couple. 
Aku jawab, tak nak lah mak cik, buat apa. Saya lebih suka kawan macam biasa. lepas tu aku terus minta diri.


aku terfikir sejenak, tua sangat ke aku ?? perlu ke ada boyfriend sekarang? tak payah kot. cukuplah Allah menjadi teman dan pelindung aku sekarang ni. 

Tuesday, March 12, 2013

Kasut tumit tinggi

untuk entri kali ini... aku cuma bukan budak yang suka sangat pakai kasut tumit tinggi. aku biasa-biasa dengan kasut tumit tinggi. bukan apa, kasut tumit tinggi aku maksudkan diri yang  bekerjaya dan  berumur dah umur 30 tahun. sebenarnya aku agak terpengaruh dengan filem 'Fabulous 30', filem dari thailand. ye la, umur 30, orang sibuk dah ada kerja. ibu mesti akan tanya dah ada jodoh ke? dah ada calon suami? aku pernah di tanya oleh ibu aku tentang soalan tadi. aku cakap tak ada lagi. Buat apa nak ada jodoh sekarang ni... walaupun umur 30 tahun tu tak jauh.. tapi ia memberi satu impak yang besar. sebab umur 30 tahun tu la, menentukan kita ni masih laku ke tak... kalau tak alamat ke status andartu. 

aku tak nak digelar andartu. walaupun sekarang umur nak masuk 21 tahun. aku takm kisah sekarang tak ada boyfriend. sekurang-kurangnya aku tak nak masa depan diprejudiskan oleh cinta. cukuplah 'LIKE' seseorang tu. tapi segalanya ditentukan oleh ALLAH. 

sekarang biar hidup bekerjaya dulu. tak payah nak sibuk-sibuk bermain cinta. kalau jodoh aku awal, aku terima dengan redha.  kalau aku nikah time degree ni, manalah tahu kan?? tu tandanya jodoh awal... 
aku dah buat keputusan, umur paling lewat aku kahwin adalah 30. MUKTAMAD!

aku dengar story mory dari kawan-kawan ibu aku, dorang dah ada cucu. ibu aku hanya tersenyum sebab ibu aku tak payah susah-susah nak jaga cucu. hehehehe... 
sempat ke, aku jumpa dengan jodoh aku?? hmmm... entahlah



Tuesday, July 31, 2012

Perempuan Berkalong Sorban

Assalamualaikum...

Aku baru selesai menonton filem islamik dari negara seberang , Indonesia. Filem tu bertajuk 'Perempuan Berkalong Sorban'.  Bagi aku filem ini agak menarik. Memang menarik. Melalui skrip dan lakonan setiap pelakon.  bagi aku filem ini terlalu menumpukan perjuangan atau kisah hidup kaum Hawa. 
Mungkin kaum Adam yang terlalu berfikiran cetek memandang rendah akan kemampuan kaum Hawa.
Aku akan berikan sedikit pandangan tentang filem ini.



Filem yang memaparkan perjuangan wanita...

Aku pernah buat research tentang filem masa sem 2 dulu dengan JAZZ dulu. Masa buat research dulu, aku tak tengok sampai habis. Assignment kena hantar awal. kita continue tentang filem ni. Skrip filem memang terbaik. Aku tahu filem ni adaptasi dari novel. Walaupun dari novel, tapi ia bukan mudah untuk menarik pembaca atau peminat novel ini untuk menonton filem ini. 

aku nak kongsi beberapa scene yang menarik aku untuk berfikir tentang kaum Hawa. 
Antara scene yang aku rasa mungkin akan terkena kat aku bila dah kahwin nanti.
Scene itu, di mana tak mampu nak layan suami. 
Sehingga suami memaksa. Pasal layan-layan tu tak nak story la. tapi aku nak share tentang apa yang dihadapi oleh Anissa apabila suaminya yang pertama curang kepadanya. Anissa memberitahu kepada ibu mertuanya tentang dia ingin bercerai dengan suaminya. Tetapi kata yang diberi oleh ibu mertuanya membuat aku fikir sekejap. Dan aku banyak kali ulang time tu. 
Ni skrip yang dikatakan oleh ibu mertua Anissa. 

"Seorang suami tidak bisa menikah lagi,
 kalau si isteri itu masih boleh memuaskan nafsu"

Aku faham ayat tu, tapi aku masih terfikir sampai sekarang. Tu nantilah fikir. Hmm..

itu satu, ada lagi satu scene di mana Anissa hampir direjam kerana dia ditangkap berzina dengan Khudri. Sebenarnya dia dengan Khudri cuma berbual je. tapi suami Anissa yang pertama itu, menuduh sebarangan dan membuat fitnah. lepas tu, budak-budak pesantren baling batu kepada Anissa dan Khudri. Tapi ibu Anissa merupakan Puan Besar atau Nyai tu, halang dan dialog dia kepada orang ramai ialah macam ni,

"Hanya yang tidak berbuat dosa yang melempar"

maksudnya orang yang patut melemparkan batu ialah orang yang tidak berbuat dosa. Tapi aku tak pasti. Hmm.. perlu berfikir sekejap. 

Apa2 pun filem ini aku bagi rating 7.5 bintang. sebab aku suka cinematography filem ni. cuma adalah beberapa yang aku tak suka.

tapi ayat ni aku suka sangat!

"Jangan sebut aku perempuan sejati, Jika hanya aku berkalang lelaki, 
Tapi bukan bererti aku tidak perlukan lelaki untuk aku cintai"
                                                                                             
 apa2 pun tu aje aku dapat share tentang filem ini..

Wasalam..



Monday, July 30, 2012

perkara nak buat....

Assalamualaikum...

Post kali ni aku nak kongsi tentang perkara yang aku nak buat sebelum meninggalkan Puncak Perdana ini... 
Ada lima perkara aku nak buat, 


1. aku nak naik bukit belakang perumahan
2. aku nak couple dengan seorang lelaki kat puncak selama seminggu. Dating dengan dia or keluar sama-sama
3. nak makan sama-sama bersama group JAZZ... 
4. nak celebrate birthday kat tepi tasik
5. Nak mintak maaf dengan orang yang aku tak pernah betegur sapa dari sem 1

Inilah antara perkara yang aku nak buat sebelum meninggalkan puncak perdana untuk musim diploma.





p/s: yang nombor 2 tu, hmm... lelaki yang last aku suka kat puncak perdana ni.. paling kurang seminggu la....hmm... tak thu la dapat buat ke tak...

Monday, July 23, 2012

Cinta kepada Illahi, cinta yang abadi


assalamualaikum...

Bait-bait lagu 'Kerana Cinta' nyanyian kumpualan Mestica dan In-Team begitu mendalam maknanya...
first time dengar lagu ni, aku rasa sungguh terasa dan membuatkan aku cuba nak berhati-hati dengan cinta sesama manusia. 
Mungkin ada yang belum pernah dengar lagu ni.. Kalau kita sayang Islam sebagai agama kita,
 baiklah kita dengar lagu ni untuk peringatan kita.
walaupun macam malas nak cari lagu ni.. lirik lagu ni dah cukup mendalam... bagi orang yang bercinta mungkin  cinta itu sangat indah.. walaupun aku pernah lalui cinta sesama manusia, tapi kita akan leka dan alpa dengan apa yang kita buat.. ok, ni lirik lagu 'Kerana Cinta'..

Kerana Cinta

cinta itu cahaya sanubari 
kurniaan Tuhan Fitrah insani
dan dimana terciptanya cinta 
disitu rindu bermula

Cinta itu tidak pernah meminta
tetapi memberi sepenuh rela 
rasa bahgia biarpun sengsara
berkorban segala-gala

Semua kerana cinta
yang pahit manis dirasa
menghibur nestapa merawat luka damai 
dijiwa

terpadam api benci permusuhan
terjalinlah kasih sayang
begitulah cinta yang diidamkan
tanpa nafsu yang mencemarkan

dan jangan pula kerana bercinta 
kita pun leka entah ke mana
dan jangan pula kerana bercinta 
tergadai semua maruah agama

Cinta yang sejati hanya cintakan Illahi
Cinta ayah bonda tulus suci selamanya
cintakan saudara masa berada hanya sementara
cinta sesama insan suburkan dengan ketaqwaan


rangkap yang akhir sekali memang begitu mendalam.. kita sering terleka akan cinta di dunia.. bahawasanya cinta yang paling sejati cinta akan Illahi iaitu Tuhan kita. 
rangkap yang akhir sekali aku akan ingat sampai bila-bila... 

wassalam...

NAK KEMBALI...

aku rasa nak kembali
kembali menjadi wanita yang solehah
kembali menjadi wanita yang menutup aurat
kembali menjadi wanita yang sentiasa sentuh dan baca kitab suci
kembali menjadi wanita yang selalu mendengar tentang kehebatan agama suci
kembali menjadi muslimah yang sejati...

Dulu aku jatuh dengan lelaki yang warak 
yang sentiasa mendekatkan diri kepada Allah
yang membaca ayat Al-Quran 
yang menjadi imam
yang menjadi bilal
sehingga yang mendengar sungguh tertarik dan terus ke surau

tapi kini aku tahu jodoh itu ditangan Tuhan
Allah yang menentukan segala qada' dan qadar

aku takut akan balasan
aku takut akan hukuman 
aku takut seksaan
aku mahu kembali
aku mahu kembali
aku mahu kembali..

Ya Allah , Ya Tuhanku, aku mahu kembali seperti dulu... tolonglah hamba-Mu ini..
Amin Ya Rabbal Alamin

Tuesday, July 17, 2012

Kata- kata

Kata - kata dari junior group aku..




Group Kampung Lepeh : Zayrul, Ezzah, Alin, Wan, Mirza, Fatin, Zifa, Asfa, Ai, Hafiz dan Ogiey

Aku ada menghantar mesej kepada semua junior aku.. ada beberapa orang je yang balas.. walaupun agak dissappointed sikit.. hehe

Mesej aku: Salam, ini Kak Zana. Akak minta maaf kat korang kalau akak ada buat salah sepanjang  
                induction. Hope korang maafkan.. kalau nak gambar , add akak kat Facebook  

*lebih kuarang macam tu la mesej aku...

Ni mesej yang dibalas oleh beberapa junior aku..

Ezzah : Wslm.. eh xde lah kak..kitaorang yang patut mintak maaf... besa kepale sangatkan..haha..last2 akak2 n abg2 senior jugak yang banyak tlg... we'll always love u guys... pasni bole lepak ke outing same2 <3 :)

Zayrul : W'salam. Fb apa nama?
            Nanti saya add.

Fatin : Terima Kasih kak kerana korbankan masa ajar kitaorang, sye pown xkan lupekan akak... luv u kak...muahahaha

Ai : Salam, akak, ish akak ni wat ai tacing tau!! +,+... hehe .. ai pun xlupe punye kat akak2 n abg2 yang da induct group kitaorang., +,+  ok nnt ai add akak...

Zifa : Wasalam... kta orangpun x kan lupa akak jgak... Senior yg paling sporting prnh Zifa jmpa.. Trima Kasih jgk sbb dpttahan dgn perangai kita orang yang kadang2 mengada ckit..... heheh.., btw thnkz kak zana..

Asfa : Kak Zana n senior lain pun tbaik! Kta btuah dpat senior mcm korang... kenangan initak kan kita lupakan . n sy pun nak minta maaf kat kak zana kalo tkasa bhasa ke ape ke. hehe

Ogiey : Saya pun sama, kalau ada slh dan silap, harap akak maafkan... dah add pun. gmbr dah jd cover photo.

Wan : Wsalam... Nickname fb ape ek? hehehe

Hafiz : Wsalam kak zana.. .................sy nak ucapkan terima kasih jugk kat akak sbb tlah ajar sy nak buang perasaan malu yang tak bertempat ni.... ok kak nt sy add fb kak yup!

*actually hafiz punya mesej panjang. jadi aku pendekkan ckit.. 


aku ucapkan terima kasih sangat kat dorang... =) 
aku juga takkan lupakan dorang....

Monday, July 16, 2012

Kampung Lepeh... 2012





Kampung Lepeh... itulah kampung untuk kumpulan aku yang dinamakan oleh junior aku atau pelajar semester 1.  Program Reinvention ni aku rasa , memang meninggalkan satu kenangan yang amat manis sekali sepanjang berada di Kampus UiTM Puncak Perdana. 


Program ni, berjaya menyatukan pelajar semester 1 dan pelajar semester 5. Aku rasa nak lagi program ni lagi.. sebab junior group sentiasa beri satu komitmen yang sangat baik. 
di situlah senior juga bersemangat nak membantu mereka sepanjang program reinvention. 

Hari Pertama berkenalan dengan junior dan aku menipu nama sebenar aku. Aku cakap kat junior nama aku Siti Murni. Last2, aku cakap nama aku Zana. then, junior dapat 'barang amanah' iaitu Biskut. Dorang kena jaga biskut jangan sampai pecah atau hancur. 

inilah barang amanah yang senior bagi kepada junior sepanjang program reinvention 2012... 

Pelbagai aktiviti dilakukan untuk junior-junior ni.. antaranya nyanyi lagu janji.. then ada aktiviti bacaan Yassin, junior bertemu dengan senior program masing-masing. aku jumpa junior skrin aku macam ada yang pemalu, ada yang aktif. Macam-macam. Kenal mereka, ramai yang nak jadi pengarah ada yang nak jadi pelakon, dan ada yang nak jadi DOP. Wow, hebat cita-cita dorang. Aku? hmm.. sampai sekarang tak tahu nak jadi apa. tapi aku minat dalam broadcasting @ penyiaran. 

Jumaat malam ada aktiviti kreativiti junior. Junior ikut kumpulan kampung kena guna kretiviti dorang dengan menggunakan barang terbuang untuk dijadikan fesyen. 


Ini hasil junior kumpulan Kampung Lepeh. .. 

Actually, aku yang buat kotak tu, tapi junior yang tambah2. hehehehe... tapi baguslah dorang ada kreativiti. Ada satu kumpulan tu macam magnet sampah.. hehehe.. apa2 pun junior semester satu ni sangat2 kreatif.  selesai pertunjukkan fesyen kreativiti tu, ada pula yang rancangan senior untuk kenakan junior . Kesian dorang kena marah dengan senior. terutama yang celebrate birthday.. apa2 pun aku tak nak campur marah2 masa tu.. sampaikan ada budak pengsan. sebab tak larat. Esoknya ada aktiviti outdoor. Aku jaga checkpoint. Aku buli dorang suruh teka siapa aku. ramai junior tak boleh teka aku... Sedih doh.... (T-T) tapi aku bangga ada kumpulan dari kumpulan kampung seluaq londeh dapat teka aku. Bagus betul. Apa2 pun best dengan buli dorang hahaha.. 

Seminggu berlalu maka bermulalah latihan persembahan. Kampung Lepeh dapat persembahan teater muzikal.. kami diberi seminggu untuk berlatih. Dekat  3 hari memerah otak.. untuk buat cerita apa. Tapi junior Kampung Lepeh semangat nak pertahankan idea mereka. So senior terima dengan hati terbuka walaupun ada membangkang. kitaorang akhirnya accept sebab dah terdesak sikit. Apa2 pun sepanjang practice kitaorang senior ada tukar idea dorang sikit-sikit. Pada 11 Julai 2012 , kitaorang rehersal kat Dewan Serbaguna Kolej Jasmine.  

Esoknya, malam persembahan iaitu hari terakhir dengan pelajar semester 1. Kumpulan Kampung Lepeh melakukan yang terbaik walaupun rasa tidak puas hati.. 


Bergambar sebelum membuat persembahan..


ni video persembahan mereka...





Selepas persembahan... =)

Apa-apa pun aku sangat berpusa hati sebab junior group aku tak melawan dan tak buat perangai.. 
nanti kita apa komen junior group Kampung Lepeh ni tentang aku sepanjang induct dorang....




                                to be continued...............










Thursday, June 21, 2012

Bayang-Bayang

teringat masa zaman kanak-kanak dulu..pelik tengok bayang-bayang hitam... 
bayang-bayang tu lah hidup kita... sentiasa ikut sama ada waktu gelap, atau waktu terang... 
ada orang kata, bayang-bayang hitam tu, roh kita... tapi.. aku 50-50 nak percaya... entahlah..

selagi bayang-bayang itu ada.. selagi itulah kita perlu mara ke hadapan... 
dulu, cuba lari dari bayang-bayang... tapi bayang-bayang tu lah tidak berhenti mengejar kita.
bayang- bayang itu, melekat dengan kita...

kalau bayang-bayang itu tiada, apalah yang akan jadi ye???

Permulaan Semester Terakhir...


2 Minggu aku lalui... dengan rasa sedikit kebosanan...
satu minggu aku habiskan satu novel untuk mengurangkan rasa bosan aku. Dua novel tu 'Kan Ku Kejar Cinta Kamu', dengan 'Miss Pisau Cukur'.....



Dua-dua novel ni memang menarik.. aku memang suka.. walhal baca semata-mata nak hilangkan bosan.. 

bagi aku, novel Miss Pisau Cukur juga yang menarik... ada sedikit kelakar kat situ... apa2 pun , aku dah habiskan novel  ni... tinggal nak sambung novel yang seterusnya..................... hehehehe..

Sunday, March 4, 2012

Perasaan dulu dilupakan............

Mungkin sukar untuk menceritakan apa yang terpahat dalam hati... mungkin sebab ada orang terlalu memikirkan tentang kita... dulu pernah aku  fikirkan tentang perasaan yang timbul untuk jatuh hati.... 
betul ke aku jatuh hati dengan lelaki ni???? kenapa sampai sekarang aku tak boleh lupakan lelaki ni??
itu ke perasaan untuk jatuh hati??? tak dapat lupakan  lelaki tu??? 
Kebanyakan orang kata itu angau.... tapi aku angau tak lah sampai terbayang-bayang setiap masa..
jauh sudah untuk aku lupakan lelaki yang ku katakan kaki kamera... 
mungkin dia bukan lelaki yang match dengan aku.. dan juga dia bukan jodoh aku
aku tahu perasaan yang terlonjak-lonjak dalam hati bukan satu benda yang kita boleh simbolkan..... secara realiti..

aku pernah terfikir..... bila ber couple itu sperti kumbang bertemu dengan bunga, seperti tukul bertemu dengan paku.. Seperti kasut bertemu talinya.... segalanya saling melengkapi... segalanya bahagia....
pada hakikatnya... itu semua sementara.....
Aku tahu jodoh kita belum tentu dengan couple kita... belum tentu boyfriend kita sekarang syurga kita... 

Sekarang aku nak lupakan perasaan dulu.... aku akan tunggu perasaan baru yang datang..... 
datanglah perasaan baru.... aku akan tunggu.....

Tuesday, January 31, 2012

TeRiMa KaSiH aWaK, wAhAi LELAKI!!!!!!


Terima Kasih awak, saya rasa sekarang rasa kosong. 
Saya rasa gembira dengan diri saya 
Saya rasa saya tak mungkin tak fikirkan awak
Saya rasa tak harapkan awak

Terima Kasih Awak, Wahai LELAKI,
Saya tahu pendirian awak
Saya rasa dah sedar akan pengharapan saya
Awak membuatkan saya terfikir akan cita-cita dan impian saya

Terima Kasih Awak, Wahai LELAKI,
Sebab awak saya rasa tak nak jatuh cinta lagi
sebab awak saya rasa cinta itu sebelah mata saja
sebab awak, saya tidak merasa apa-apa apabila orang lain bicara tentang cinta

Terima Kasih Awak, Wahai LELAKI
Sebab awak air mata saya pernah mengalir disebabkan arjuna 
sebab awak saya rasakan saya tak mungkin dapat lupakan awak dengan mudah
sebab awak saya rasa tak nak cari yang lain

Terima Kasih Awak, Wahai LELAKI,
Hari Lahir saya yang ke-19 , jadi kenyataan...
Awak sudah beri hadiah yang cukup bermakna untuk saya
Saya rasa itulah hadiah yang saya takkan lupa dan saya akan simpan dalam hati saya
saya rasa hari lahir saya ke-19 tahun berakhir dengan perasaan yang gembira  =D
  





Sunday, August 7, 2011

kawan nak isi hati... aku nak kosongkan hati..

Title kali ni aku nak story, kawan aku nak isi hati dia... dia dah fall in love... tapi dia rasa nak buang perasaan tu... tapi dia  nak rasa jugak macam mana bila hati ini terisi... aku cukup la rasa luka... oh, aku dah lupa ex aku yg dulu...aku rasa nak betul2 nak kosongkan hati aku kali ni... aku harap kawan aku tu dapat apa yang dia nak... aku cuma serahkan kepada Allah, kalau aku ada jodoh, adalah tu...

Ibu aku selalu ingatkan aku jgn cari bf dulu... study dulu... aku ikut kata2 ibu aku tu.. sebab aku sayang ibu aku... aku tgok kwan2 yang sedang angau cinta  mmg dorang bahagia... aku harap dorang bahagia dengan pasangan masing-masing... aku hanya tunggu seorang gentlemen yang sudi tarik hati aku kembali... dan aku buat keputusan lelaki yang berjaya tambat hati aku untuk jatuh hati balik aku nak dia jadi suami aku buat selama-lamanya... kalau aku ada jodoh dengannya... Amin...


=)



TO BE CONTINUED...>>>>>>

Monday, July 4, 2011

Aku tak Faham... =_='...

Puas membaca buku yang aku beli kat pesta buku baru-baru ni kat SACC. Buku tu mengenai remaja dan cinta.  Aku sendiri yang pilih buku tu... Ada certain kandungan dalam buku tu aku faham.. Ada certain aku tak faham.. lagipun belum habis lagi aku baca buku tu.. 

Aku tak faham la mengenai dalam menjalinkan relationship and cari partner. Masa kat sekolah senang nak cari pakwe.. bila kat universiti pulak, susah.. PELIK... (~_~).. Aku ingat lagi cikgu sekolah dulu pernah cakap, tak payah cari pakwe kat sekolah... cari kat universiti nanti. Tapi aku rasa cari pakwe kat universiti yang menyusahkan.. tapi belum tentu pakwe kat universiti tu suami kita... Aku tak rasa bakal suami aku ada kat universiti ni.. rasa2nya kat tempat aku kerja nanti. aku mmg banyak crush kat kampus ni...but sekejap jerr.... tapi aku sekarang aku malas nak fikir pasal relationship lagi. ok fine, bye...


Wednesday, May 25, 2011

no men right now....

aku mmg sengaja buat title english but, this post not fully english.. only half, a little bit, or..........hmmm... whatever la... mengenai tajuk kali ni walaupun dah sekian lama aku tak buat post for this blog..aku rasakan sapa lagi budak laki yang aku suka dan aku tulis pasal dorang kat dalam blog ni.. sekrang dah tak ada dah.... aku rasa bebas... sampaikan terfikir nak buat cerita lesbian..  tapi I'm not lesbian ok.... I'm still straight.. sekrang aku dah malas nak jadi macam girl lain yang menceritakan pasal boyfriend dorang la, BFF dorang la yang berkaitan dengan lelaki dan seangkatan dengannya ke dalam blog, facebook or tumblr.. walaupun selalu aku buat for the older post, aku baca balik so childish aku ni rupanya..sampai ada orang kata aku EMO... nope.. that's not right for me.. about EMO.. layan jiwang biasalah dah gila bayang dgan lelaki.. sekrang aku tunggu jerr... sapa yangg mampu tawan hati aku  dengan usahanya sendiri..aku sedia terima but tgok keadaan la ... aku tak suka orang lelaki yang suka memaksa.. include kawan lelaki aku.. about Korean Idol.. aku mmg dah gila korea sekarang di sebabkan aku tgok racangan variety show WE GOT MARRIED YONGHWA (CN BLUE) dgan SEOHYUN (SNSD)... aku sekarng dah gila cn blue... ok, pasal korea nnti.. pasal boy.. hmm... aku malas nak fikir... dekat akhir-akhir sem 2, aku banyak fokus for study.. konon padahal kena siapkan assignment.. tapi aku kena demam campak pulak dekat exam pulak tu... tapi tak sangka hasilnya begitu tak ku sangka... aku dapt apa yang aku impikan... happy sangat2... apa yang penting sekrang malas nak fikir pasal lelaki.. .... no men, no cry!!!