Sunday, March 17, 2013

kisah sendirian si bunga anggerik

17 March 2013..

hari yang aku rasa macam nak lupakan aje. Pagi mahu ajak kawan keluar. 
Tapi tiada siapa yang dapat teman. Aku pergi jalan keseorangan ke sebuah pusat membeli-belah.
beli barang yang aku perlukan. lepas beli barang, makan tengah hari. lepas makan tengah hari, pergi jalan-jalan. lepas tu singgah solat di surau yang berdekatan. 


kat dalam surau, sedang aku sibuk nak persiapkan diri untuk menunaikan solat zohor, ada seorang mak cik mengambil kerusi untuk duduk. dan mak cik tu duduk di belakang aku. Selesai menunaikan solat, mak cik tu memulakan bual bicara dengan aku. Dia cakap pasal kecurian yang berlaku di surau ini. 
lepas tu dia tanya aku dah kahwin ke? aku jawab belum lagi. Aku cakap kat mak cik tu, aku tengah belajar lagi. Aku cakap, aku ambil course filem. Mak cik tu tanya aku datang siapa ke sini, dengan kawan ke? Aku jawab tak. Mak cik tu tanya aku lagi, datang dengan  pak we ke? dalam hati aku masa tu,"WHAT?!" Aku terus jawab tak ada lah, mana ada pak we. Mak cik tu cakap lagi, kat u kan ramai couple. 
Aku jawab, tak nak lah mak cik, buat apa. Saya lebih suka kawan macam biasa. lepas tu aku terus minta diri.


aku terfikir sejenak, tua sangat ke aku ?? perlu ke ada boyfriend sekarang? tak payah kot. cukuplah Allah menjadi teman dan pelindung aku sekarang ni. 

No comments:

Post a Comment