Tuesday, January 3, 2017

2016.... Dunia Penuh Drama

Kehidupan kita ada dramanya sendiri. Kita sangka drama yang kita tengok cuma rekaan semata-mata. Tapi kita tak tahu sebenarnya rekaan itulah realiti buat diri kita. 2016, banyak cerita, banyak emosi yang meyelubungi hidup kita. 2016... aku konvo, aku tiada kerja, aku pergi interview banyak kali, aku kecewa, aku bengang, aku benci, dan aku meluat... Gembira itu ada.. cuma aku tak nak kongsi kegembiraan aku. Kalau orang lain mesti akan kongsi. Tapi aku tak.. 

2016
Seperti ayat aku mula tadi... kenapa aku sebut pasal drama. Aku sendiri terkejut cuma setahun duduk di rumah nenek aku. Tak sangka aku dapat tahu banyak drama yang aku tak tahu selama bertahun-tahun. Drama yang aku rasa tidak patut seorang hamba Allah ini pernah jejak kaki ke Tanah Suci membuat satu perkara yang sepatutnya sebagai orang luar patut buat. Dia tu 'ORANG LUAR'  yang asalnya dari seberang, tapi menyibuk mengalahkan 'ORANG DALAM' yang sepatutnya ada hak. Mungkin kisah orang ni sebagai satu pengajaran kepada aku bila aku dah bergelar isteri orang nanti. Serius aku bengang, dia perlu duduk diam bukan sibuk harta orang. Bukan ambil kesempatan kelemahan orang, bukan fikir benda di dunia ini untuk dirinya sahaja. Aku sangkakan drama ini bukan baru dibuat, tapi sudah bertahun-tahun berlaku sebelum arwah atuk aku meninggal. Cuma aku tak tahu... dia ambil kesempatan orang yang lemah. tahulah nanti apa akan jadi bila seseorang tu dah lama diam, dah lama buat endah tak endah, dan bangkit untuk tuntut hak sepatutnya pemilik tunggal itu berhak. Aku tunggu hari tu, bahawasanya kebangkitan untuk menegakkan kebenaran itu akan terjadi. Mana pergi emas, mana pergi tanah, mana pergi hak seorang pemilik tunggal yang berhak tapi dipinggirkan sekarang. Baru satu benda dibangkitkan, belum selebihnya. Jangan sampai akan terikut adat pepatih..  semua akan jadi pemilik tnnggal.


2016
Keikhlasan seseorang dianggap seperti sampah yang dibuang. Walhal keikhlasan tu la sebenarnya sifat orang selalu diuji oleh Allah dengan kesannya begitu mendalam lukanya. Salah ke kita buat kerja ikhlas, walhal kita tak pernah nak berkait dengan dirinya... semua yang negatif bagi kat kami... tapi semua yang positif tutup negatif dia. Aku bengang orang yang macam ni... tapi itulah hakikat dunia sekarang ni. Yang bersih yang cantik sempurna depan mata orang itu elok. Tapi yang buruk yang hodoh yang teruk yang hina ditutup sebab kecantikan itu, agara orang lain tak tahu. Malah yang buruk itulah diersalahkan orang lain. Walhal itu kesalahan besar yang sepatutnya jadi kulit buku muka mereka. Kita sedar kita dibawah, buat apa nak mendada mendongak langit. Sebab kita tahu Allah itu tinggi dan lagi Maha Berkuasa atas apa yang berlaku di dunia ini. Sebab itu Allah Maha Adil. Kita cuma hamba yang ikut cara dan perintah-NYA untuk sentiasa taat kepada-Nya. ALLAH mahu kita sedar kita memang lemah di depan mata orang. Orang itu pandang kita rendah. Dan dia sangka dirinya tinggi. Tapi dia tak tahu sebenarnya TUHAN itu lagi tinggi darjatnya. TUHAN lihat orang itu sama saja. Tiada VVIP, tiada keistimewaan.. melainkan amalan yang dilakukannya. Dunia sekarang yang berharta dipandang tinggi. Yang miskin dipandang rendah, Itulah dunia. 

aku teringat kata-kata akan lelaki ITALI yang katanya
"manusia ini sama saja buat apa kita nak pandang tinggi orang yang berpangkat, pangkat itu untuk apa sebenarnya?"

Bila difikirkan balik betul juga kata-kata lelaki ITALI. Orang EROPAH tak pandang pangkat tapi pandang kemuliaan. sebab apa, sebab jasa yang mereka lakukan untuk orang lain, bukan untuk diri sendiri. Itulah sebenarnya sebagai pengajaran kita sebagai manusia. Buat jasa untuk orang lain, bukan untuk diri. Sebab itu sentiasa membantu bukan makan sendiri. Bukan setakat orang Eropah sahaja, tapi orang Jepun ada juga bekerja ikhlas untuk negara. Berdisiplin, ikhlas untuk orang lain. 

No comments:

Post a Comment