Monday, July 16, 2012

Kampung Lepeh... 2012





Kampung Lepeh... itulah kampung untuk kumpulan aku yang dinamakan oleh junior aku atau pelajar semester 1.  Program Reinvention ni aku rasa , memang meninggalkan satu kenangan yang amat manis sekali sepanjang berada di Kampus UiTM Puncak Perdana. 


Program ni, berjaya menyatukan pelajar semester 1 dan pelajar semester 5. Aku rasa nak lagi program ni lagi.. sebab junior group sentiasa beri satu komitmen yang sangat baik. 
di situlah senior juga bersemangat nak membantu mereka sepanjang program reinvention. 

Hari Pertama berkenalan dengan junior dan aku menipu nama sebenar aku. Aku cakap kat junior nama aku Siti Murni. Last2, aku cakap nama aku Zana. then, junior dapat 'barang amanah' iaitu Biskut. Dorang kena jaga biskut jangan sampai pecah atau hancur. 

inilah barang amanah yang senior bagi kepada junior sepanjang program reinvention 2012... 

Pelbagai aktiviti dilakukan untuk junior-junior ni.. antaranya nyanyi lagu janji.. then ada aktiviti bacaan Yassin, junior bertemu dengan senior program masing-masing. aku jumpa junior skrin aku macam ada yang pemalu, ada yang aktif. Macam-macam. Kenal mereka, ramai yang nak jadi pengarah ada yang nak jadi pelakon, dan ada yang nak jadi DOP. Wow, hebat cita-cita dorang. Aku? hmm.. sampai sekarang tak tahu nak jadi apa. tapi aku minat dalam broadcasting @ penyiaran. 

Jumaat malam ada aktiviti kreativiti junior. Junior ikut kumpulan kampung kena guna kretiviti dorang dengan menggunakan barang terbuang untuk dijadikan fesyen. 


Ini hasil junior kumpulan Kampung Lepeh. .. 

Actually, aku yang buat kotak tu, tapi junior yang tambah2. hehehehe... tapi baguslah dorang ada kreativiti. Ada satu kumpulan tu macam magnet sampah.. hehehe.. apa2 pun junior semester satu ni sangat2 kreatif.  selesai pertunjukkan fesyen kreativiti tu, ada pula yang rancangan senior untuk kenakan junior . Kesian dorang kena marah dengan senior. terutama yang celebrate birthday.. apa2 pun aku tak nak campur marah2 masa tu.. sampaikan ada budak pengsan. sebab tak larat. Esoknya ada aktiviti outdoor. Aku jaga checkpoint. Aku buli dorang suruh teka siapa aku. ramai junior tak boleh teka aku... Sedih doh.... (T-T) tapi aku bangga ada kumpulan dari kumpulan kampung seluaq londeh dapat teka aku. Bagus betul. Apa2 pun best dengan buli dorang hahaha.. 

Seminggu berlalu maka bermulalah latihan persembahan. Kampung Lepeh dapat persembahan teater muzikal.. kami diberi seminggu untuk berlatih. Dekat  3 hari memerah otak.. untuk buat cerita apa. Tapi junior Kampung Lepeh semangat nak pertahankan idea mereka. So senior terima dengan hati terbuka walaupun ada membangkang. kitaorang akhirnya accept sebab dah terdesak sikit. Apa2 pun sepanjang practice kitaorang senior ada tukar idea dorang sikit-sikit. Pada 11 Julai 2012 , kitaorang rehersal kat Dewan Serbaguna Kolej Jasmine.  

Esoknya, malam persembahan iaitu hari terakhir dengan pelajar semester 1. Kumpulan Kampung Lepeh melakukan yang terbaik walaupun rasa tidak puas hati.. 


Bergambar sebelum membuat persembahan..


ni video persembahan mereka...





Selepas persembahan... =)

Apa-apa pun aku sangat berpusa hati sebab junior group aku tak melawan dan tak buat perangai.. 
nanti kita apa komen junior group Kampung Lepeh ni tentang aku sepanjang induct dorang....




                                to be continued...............










No comments:

Post a Comment