Monday, July 23, 2012

Cinta kepada Illahi, cinta yang abadi


assalamualaikum...

Bait-bait lagu 'Kerana Cinta' nyanyian kumpualan Mestica dan In-Team begitu mendalam maknanya...
first time dengar lagu ni, aku rasa sungguh terasa dan membuatkan aku cuba nak berhati-hati dengan cinta sesama manusia. 
Mungkin ada yang belum pernah dengar lagu ni.. Kalau kita sayang Islam sebagai agama kita,
 baiklah kita dengar lagu ni untuk peringatan kita.
walaupun macam malas nak cari lagu ni.. lirik lagu ni dah cukup mendalam... bagi orang yang bercinta mungkin  cinta itu sangat indah.. walaupun aku pernah lalui cinta sesama manusia, tapi kita akan leka dan alpa dengan apa yang kita buat.. ok, ni lirik lagu 'Kerana Cinta'..

Kerana Cinta

cinta itu cahaya sanubari 
kurniaan Tuhan Fitrah insani
dan dimana terciptanya cinta 
disitu rindu bermula

Cinta itu tidak pernah meminta
tetapi memberi sepenuh rela 
rasa bahgia biarpun sengsara
berkorban segala-gala

Semua kerana cinta
yang pahit manis dirasa
menghibur nestapa merawat luka damai 
dijiwa

terpadam api benci permusuhan
terjalinlah kasih sayang
begitulah cinta yang diidamkan
tanpa nafsu yang mencemarkan

dan jangan pula kerana bercinta 
kita pun leka entah ke mana
dan jangan pula kerana bercinta 
tergadai semua maruah agama

Cinta yang sejati hanya cintakan Illahi
Cinta ayah bonda tulus suci selamanya
cintakan saudara masa berada hanya sementara
cinta sesama insan suburkan dengan ketaqwaan


rangkap yang akhir sekali memang begitu mendalam.. kita sering terleka akan cinta di dunia.. bahawasanya cinta yang paling sejati cinta akan Illahi iaitu Tuhan kita. 
rangkap yang akhir sekali aku akan ingat sampai bila-bila... 

wassalam...

No comments:

Post a Comment