Tuesday, January 3, 2017

2016.... Dunia Penuh Drama

Kehidupan kita ada dramanya sendiri. Kita sangka drama yang kita tengok cuma rekaan semata-mata. Tapi kita tak tahu sebenarnya rekaan itulah realiti buat diri kita. 2016, banyak cerita, banyak emosi yang meyelubungi hidup kita. 2016... aku konvo, aku tiada kerja, aku pergi interview banyak kali, aku kecewa, aku bengang, aku benci, dan aku meluat... Gembira itu ada.. cuma aku tak nak kongsi kegembiraan aku. Kalau orang lain mesti akan kongsi. Tapi aku tak.. 

2016
Seperti ayat aku mula tadi... kenapa aku sebut pasal drama. Aku sendiri terkejut cuma setahun duduk di rumah nenek aku. Tak sangka aku dapat tahu banyak drama yang aku tak tahu selama bertahun-tahun. Drama yang aku rasa tidak patut seorang hamba Allah ini pernah jejak kaki ke Tanah Suci membuat satu perkara yang sepatutnya sebagai orang luar patut buat. Dia tu 'ORANG LUAR'  yang asalnya dari seberang, tapi menyibuk mengalahkan 'ORANG DALAM' yang sepatutnya ada hak. Mungkin kisah orang ni sebagai satu pengajaran kepada aku bila aku dah bergelar isteri orang nanti. Serius aku bengang, dia perlu duduk diam bukan sibuk harta orang. Bukan ambil kesempatan kelemahan orang, bukan fikir benda di dunia ini untuk dirinya sahaja. Aku sangkakan drama ini bukan baru dibuat, tapi sudah bertahun-tahun berlaku sebelum arwah atuk aku meninggal. Cuma aku tak tahu... dia ambil kesempatan orang yang lemah. tahulah nanti apa akan jadi bila seseorang tu dah lama diam, dah lama buat endah tak endah, dan bangkit untuk tuntut hak sepatutnya pemilik tunggal itu berhak. Aku tunggu hari tu, bahawasanya kebangkitan untuk menegakkan kebenaran itu akan terjadi. Mana pergi emas, mana pergi tanah, mana pergi hak seorang pemilik tunggal yang berhak tapi dipinggirkan sekarang. Baru satu benda dibangkitkan, belum selebihnya. Jangan sampai akan terikut adat pepatih..  semua akan jadi pemilik tnnggal.


2016
Keikhlasan seseorang dianggap seperti sampah yang dibuang. Walhal keikhlasan tu la sebenarnya sifat orang selalu diuji oleh Allah dengan kesannya begitu mendalam lukanya. Salah ke kita buat kerja ikhlas, walhal kita tak pernah nak berkait dengan dirinya... semua yang negatif bagi kat kami... tapi semua yang positif tutup negatif dia. Aku bengang orang yang macam ni... tapi itulah hakikat dunia sekarang ni. Yang bersih yang cantik sempurna depan mata orang itu elok. Tapi yang buruk yang hodoh yang teruk yang hina ditutup sebab kecantikan itu, agara orang lain tak tahu. Malah yang buruk itulah diersalahkan orang lain. Walhal itu kesalahan besar yang sepatutnya jadi kulit buku muka mereka. Kita sedar kita dibawah, buat apa nak mendada mendongak langit. Sebab kita tahu Allah itu tinggi dan lagi Maha Berkuasa atas apa yang berlaku di dunia ini. Sebab itu Allah Maha Adil. Kita cuma hamba yang ikut cara dan perintah-NYA untuk sentiasa taat kepada-Nya. ALLAH mahu kita sedar kita memang lemah di depan mata orang. Orang itu pandang kita rendah. Dan dia sangka dirinya tinggi. Tapi dia tak tahu sebenarnya TUHAN itu lagi tinggi darjatnya. TUHAN lihat orang itu sama saja. Tiada VVIP, tiada keistimewaan.. melainkan amalan yang dilakukannya. Dunia sekarang yang berharta dipandang tinggi. Yang miskin dipandang rendah, Itulah dunia. 

aku teringat kata-kata akan lelaki ITALI yang katanya
"manusia ini sama saja buat apa kita nak pandang tinggi orang yang berpangkat, pangkat itu untuk apa sebenarnya?"

Bila difikirkan balik betul juga kata-kata lelaki ITALI. Orang EROPAH tak pandang pangkat tapi pandang kemuliaan. sebab apa, sebab jasa yang mereka lakukan untuk orang lain, bukan untuk diri sendiri. Itulah sebenarnya sebagai pengajaran kita sebagai manusia. Buat jasa untuk orang lain, bukan untuk diri. Sebab itu sentiasa membantu bukan makan sendiri. Bukan setakat orang Eropah sahaja, tapi orang Jepun ada juga bekerja ikhlas untuk negara. Berdisiplin, ikhlas untuk orang lain. 

Tuesday, November 26, 2013

JAMBU TU MEMANG MANIS TAPI DALAMNYA SANGAT BERBISA

Kenapa aku buat post ni.. aku cuma synchronise dengan apa yang perlu aku hadapi sekarang ini...
Jambu tu memang sedap tapi kita cuma lihat dulu sebelum merasa..
Jambu tu memang cantik dari luarannya... tapi kita tak tahu rasanya elok ke tak..
 
Minggu lepas aku terima satu tamparan hebat yang membuatkan aku 'down' dan aku rasa perlu hentikan... Jambu tu membuatkan aku berhenti untuk bercinta, buat aku untuk fikir mungkin Tuhan menduga perasaan aku yang beriya-iya.
 
Tuhan minta aku untuk lupakan Jambu tu.. Tapi Tuhan mahu aku sentiasa ingat akan diri-Nya
Allah Maha Adil.... Allah Maha Bijaksana... Allah memberi dugaan ini untuk aku sedar bahawasanya segala yang aku sayang perlu aku lepaskan.
 
aku cuma nak tahu kenapa Jambu tu jadi begitu berbisa sedangkan Jambu tu selalu dia ingat akan Tuhan. Kawan aku kata, 
"Setakat solat 5 waktu, belum tentu amalan lain yang dia lakukan sempurna"
Tu apa yang kawan aku cakap lah..
 
Aku nak tanya lagi dekat Jambu tu , Tapi Jambu tu dia tak nak borak pasal cerita ni lagi...
 
Aku sebagai hamba Allah yang lemah.. aku mungkin mendoakan semoga dia berubah...
 
Bismillahhirrahmannirrahim.... Rabbana.... 


Wednesday, October 23, 2013

Biar Diari itu Berhabuk

memang diari itu tas meja.. tetapi terkunci.. terkunci dengan kata laluan yang 
hanya tuan punya diari itu yang tahu... 
Diari itu diam dan hanya terisi bila tuannya mahu isi dan tulis dalamnya...

(huuuu..... ayat..)

ayat metafora... bukan nak isi ayat puitis tapi nak isi ayat luahan... 

New post tak bermaksud nak tambah cerita atau mengumpat tapi nak tambah luahan yang
mungkin sukar nak lepas.. 
terima kasih atas nama perkenalan... 
tapi diari masih berhabuk disebabkan tuan punya diari tak tahu nak isi apa...

asyik bercerita tentang cinta... diari itu sendiri rela mendengar luahan dari  tuannya
kerana terlalu asyik mengejar dunia, diari itu tersimpan di dalam kotak
diari itu berhabuk minta dibersihkan tapi tuannnya leka dengan kotak baru... 
kotak yang baru hanya membantu dengan applikasi yang baru... 
kesian diari yang berhabuk itu.. 
tinggal dengan habuk yang bakal menebali kulit diari itu...

Friday, March 22, 2013

3 minggu

3 minggu... ye 3 minggu dah aku hidup sebagai pelajar ijazah sarjana muda....  
3 minggu ni jugalah aku cuma menahan diri dari mnegeluarkan air mata.. 
tapi sayang, air mata ini tetap juga mengalir..
aku tak tahu apa yang dah terjadi pada diri aku sekarang ni.

bila aku fikir balik, ada sebabnya kenapa aku menangis..
aku menangis sebab aku tak dapat nak bawa subjek degree ni..
sebab aku dah tak ada teman kat sekeliling... 
sebab aku terlalu mementingkan diri... 
sebab aku nak berhenti sambung belajar... 

serius.. air mata aku tak boleh nak diseka lagi...
menyesal pun ada... tapi aku tak boleh nak buat apa-apa lagi. 
bila aku fikir balik, aku tak boleh buat macam ni..
aku fikirkan tentang family aku yang susah...
fikir tentang parents aku terutamanya...

serius... air mata aku mengalir lagi..
kawan yang aku anggap baik sepanjang diploma ni tak ada depan mata aku sekarang ini..
dia pun turut sedih bila aku bagi postcard yang terisi dengan luahan hati aku...
dia memang terasa.. hampir tiap hari aku luahkan kat dia 
apa yang jadi sepanjang 3 minggu ini..
aku memang rindu dia...
aku nak dia ada kat sini.. tapi Tuhan dah aturkan yang perjalanan kami tak sama..

aku tak nak dianggap macam pensel..
bila nak menulis baru pakai.. bila tak nak guna tersimpan dan terabai...
sekurang-kurangnya biarlah pensel itus sentiasa di pegang dan di tajamkan mata penselnya.


aku tak nak ibu bapa aku tahu aku menangis lagi..
last aku menangis sebab perkara ini masa aku tingkatan satu lagi...
aku tahu aku dah nak masuk umur 21 tahun.. 
aku tak boleh jadi budak lagi.. 
tapi itulah..apa yang terpendam kat dalam hati aku sekarang ini..
walaupun kat sini aku tak luahkan kat siapa-siapa... 
sekurang-kurangnya aku dah beritahu...

sob.. sob.. (T-T)






Sunday, March 17, 2013

kisah sendirian si bunga anggerik

17 March 2013..

hari yang aku rasa macam nak lupakan aje. Pagi mahu ajak kawan keluar. 
Tapi tiada siapa yang dapat teman. Aku pergi jalan keseorangan ke sebuah pusat membeli-belah.
beli barang yang aku perlukan. lepas beli barang, makan tengah hari. lepas makan tengah hari, pergi jalan-jalan. lepas tu singgah solat di surau yang berdekatan. 


kat dalam surau, sedang aku sibuk nak persiapkan diri untuk menunaikan solat zohor, ada seorang mak cik mengambil kerusi untuk duduk. dan mak cik tu duduk di belakang aku. Selesai menunaikan solat, mak cik tu memulakan bual bicara dengan aku. Dia cakap pasal kecurian yang berlaku di surau ini. 
lepas tu dia tanya aku dah kahwin ke? aku jawab belum lagi. Aku cakap kat mak cik tu, aku tengah belajar lagi. Aku cakap, aku ambil course filem. Mak cik tu tanya aku datang siapa ke sini, dengan kawan ke? Aku jawab tak. Mak cik tu tanya aku lagi, datang dengan  pak we ke? dalam hati aku masa tu,"WHAT?!" Aku terus jawab tak ada lah, mana ada pak we. Mak cik tu cakap lagi, kat u kan ramai couple. 
Aku jawab, tak nak lah mak cik, buat apa. Saya lebih suka kawan macam biasa. lepas tu aku terus minta diri.


aku terfikir sejenak, tua sangat ke aku ?? perlu ke ada boyfriend sekarang? tak payah kot. cukuplah Allah menjadi teman dan pelindung aku sekarang ni. 

Tuesday, March 12, 2013

Kasut tumit tinggi

untuk entri kali ini... aku cuma bukan budak yang suka sangat pakai kasut tumit tinggi. aku biasa-biasa dengan kasut tumit tinggi. bukan apa, kasut tumit tinggi aku maksudkan diri yang  bekerjaya dan  berumur dah umur 30 tahun. sebenarnya aku agak terpengaruh dengan filem 'Fabulous 30', filem dari thailand. ye la, umur 30, orang sibuk dah ada kerja. ibu mesti akan tanya dah ada jodoh ke? dah ada calon suami? aku pernah di tanya oleh ibu aku tentang soalan tadi. aku cakap tak ada lagi. Buat apa nak ada jodoh sekarang ni... walaupun umur 30 tahun tu tak jauh.. tapi ia memberi satu impak yang besar. sebab umur 30 tahun tu la, menentukan kita ni masih laku ke tak... kalau tak alamat ke status andartu. 

aku tak nak digelar andartu. walaupun sekarang umur nak masuk 21 tahun. aku takm kisah sekarang tak ada boyfriend. sekurang-kurangnya aku tak nak masa depan diprejudiskan oleh cinta. cukuplah 'LIKE' seseorang tu. tapi segalanya ditentukan oleh ALLAH. 

sekarang biar hidup bekerjaya dulu. tak payah nak sibuk-sibuk bermain cinta. kalau jodoh aku awal, aku terima dengan redha.  kalau aku nikah time degree ni, manalah tahu kan?? tu tandanya jodoh awal... 
aku dah buat keputusan, umur paling lewat aku kahwin adalah 30. MUKTAMAD!

aku dengar story mory dari kawan-kawan ibu aku, dorang dah ada cucu. ibu aku hanya tersenyum sebab ibu aku tak payah susah-susah nak jaga cucu. hehehehe... 
sempat ke, aku jumpa dengan jodoh aku?? hmmm... entahlah



Tuesday, July 31, 2012

Perempuan Berkalong Sorban

Assalamualaikum...

Aku baru selesai menonton filem islamik dari negara seberang , Indonesia. Filem tu bertajuk 'Perempuan Berkalong Sorban'.  Bagi aku filem ini agak menarik. Memang menarik. Melalui skrip dan lakonan setiap pelakon.  bagi aku filem ini terlalu menumpukan perjuangan atau kisah hidup kaum Hawa. 
Mungkin kaum Adam yang terlalu berfikiran cetek memandang rendah akan kemampuan kaum Hawa.
Aku akan berikan sedikit pandangan tentang filem ini.



Filem yang memaparkan perjuangan wanita...

Aku pernah buat research tentang filem masa sem 2 dulu dengan JAZZ dulu. Masa buat research dulu, aku tak tengok sampai habis. Assignment kena hantar awal. kita continue tentang filem ni. Skrip filem memang terbaik. Aku tahu filem ni adaptasi dari novel. Walaupun dari novel, tapi ia bukan mudah untuk menarik pembaca atau peminat novel ini untuk menonton filem ini. 

aku nak kongsi beberapa scene yang menarik aku untuk berfikir tentang kaum Hawa. 
Antara scene yang aku rasa mungkin akan terkena kat aku bila dah kahwin nanti.
Scene itu, di mana tak mampu nak layan suami. 
Sehingga suami memaksa. Pasal layan-layan tu tak nak story la. tapi aku nak share tentang apa yang dihadapi oleh Anissa apabila suaminya yang pertama curang kepadanya. Anissa memberitahu kepada ibu mertuanya tentang dia ingin bercerai dengan suaminya. Tetapi kata yang diberi oleh ibu mertuanya membuat aku fikir sekejap. Dan aku banyak kali ulang time tu. 
Ni skrip yang dikatakan oleh ibu mertua Anissa. 

"Seorang suami tidak bisa menikah lagi,
 kalau si isteri itu masih boleh memuaskan nafsu"

Aku faham ayat tu, tapi aku masih terfikir sampai sekarang. Tu nantilah fikir. Hmm..

itu satu, ada lagi satu scene di mana Anissa hampir direjam kerana dia ditangkap berzina dengan Khudri. Sebenarnya dia dengan Khudri cuma berbual je. tapi suami Anissa yang pertama itu, menuduh sebarangan dan membuat fitnah. lepas tu, budak-budak pesantren baling batu kepada Anissa dan Khudri. Tapi ibu Anissa merupakan Puan Besar atau Nyai tu, halang dan dialog dia kepada orang ramai ialah macam ni,

"Hanya yang tidak berbuat dosa yang melempar"

maksudnya orang yang patut melemparkan batu ialah orang yang tidak berbuat dosa. Tapi aku tak pasti. Hmm.. perlu berfikir sekejap. 

Apa2 pun filem ini aku bagi rating 7.5 bintang. sebab aku suka cinematography filem ni. cuma adalah beberapa yang aku tak suka.

tapi ayat ni aku suka sangat!

"Jangan sebut aku perempuan sejati, Jika hanya aku berkalang lelaki, 
Tapi bukan bererti aku tidak perlukan lelaki untuk aku cintai"
                                                                                             
 apa2 pun tu aje aku dapat share tentang filem ini..

Wasalam..