Tuesday, July 31, 2012

Perempuan Berkalong Sorban

Assalamualaikum...

Aku baru selesai menonton filem islamik dari negara seberang , Indonesia. Filem tu bertajuk 'Perempuan Berkalong Sorban'.  Bagi aku filem ini agak menarik. Memang menarik. Melalui skrip dan lakonan setiap pelakon.  bagi aku filem ini terlalu menumpukan perjuangan atau kisah hidup kaum Hawa. 
Mungkin kaum Adam yang terlalu berfikiran cetek memandang rendah akan kemampuan kaum Hawa.
Aku akan berikan sedikit pandangan tentang filem ini.



Filem yang memaparkan perjuangan wanita...

Aku pernah buat research tentang filem masa sem 2 dulu dengan JAZZ dulu. Masa buat research dulu, aku tak tengok sampai habis. Assignment kena hantar awal. kita continue tentang filem ni. Skrip filem memang terbaik. Aku tahu filem ni adaptasi dari novel. Walaupun dari novel, tapi ia bukan mudah untuk menarik pembaca atau peminat novel ini untuk menonton filem ini. 

aku nak kongsi beberapa scene yang menarik aku untuk berfikir tentang kaum Hawa. 
Antara scene yang aku rasa mungkin akan terkena kat aku bila dah kahwin nanti.
Scene itu, di mana tak mampu nak layan suami. 
Sehingga suami memaksa. Pasal layan-layan tu tak nak story la. tapi aku nak share tentang apa yang dihadapi oleh Anissa apabila suaminya yang pertama curang kepadanya. Anissa memberitahu kepada ibu mertuanya tentang dia ingin bercerai dengan suaminya. Tetapi kata yang diberi oleh ibu mertuanya membuat aku fikir sekejap. Dan aku banyak kali ulang time tu. 
Ni skrip yang dikatakan oleh ibu mertua Anissa. 

"Seorang suami tidak bisa menikah lagi,
 kalau si isteri itu masih boleh memuaskan nafsu"

Aku faham ayat tu, tapi aku masih terfikir sampai sekarang. Tu nantilah fikir. Hmm..

itu satu, ada lagi satu scene di mana Anissa hampir direjam kerana dia ditangkap berzina dengan Khudri. Sebenarnya dia dengan Khudri cuma berbual je. tapi suami Anissa yang pertama itu, menuduh sebarangan dan membuat fitnah. lepas tu, budak-budak pesantren baling batu kepada Anissa dan Khudri. Tapi ibu Anissa merupakan Puan Besar atau Nyai tu, halang dan dialog dia kepada orang ramai ialah macam ni,

"Hanya yang tidak berbuat dosa yang melempar"

maksudnya orang yang patut melemparkan batu ialah orang yang tidak berbuat dosa. Tapi aku tak pasti. Hmm.. perlu berfikir sekejap. 

Apa2 pun filem ini aku bagi rating 7.5 bintang. sebab aku suka cinematography filem ni. cuma adalah beberapa yang aku tak suka.

tapi ayat ni aku suka sangat!

"Jangan sebut aku perempuan sejati, Jika hanya aku berkalang lelaki, 
Tapi bukan bererti aku tidak perlukan lelaki untuk aku cintai"
                                                                                             
 apa2 pun tu aje aku dapat share tentang filem ini..

Wasalam..



2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Kau cakap nak fikir sekejap lepas tu kau tak bagitahu apa yang kau fikir. Hahahah! Aku tergelak sorang-sorang tau baca entri ni! :D

    ReplyDelete