Monday, July 30, 2012

perkara nak buat....

Assalamualaikum...

Post kali ni aku nak kongsi tentang perkara yang aku nak buat sebelum meninggalkan Puncak Perdana ini... 
Ada lima perkara aku nak buat, 


1. aku nak naik bukit belakang perumahan
2. aku nak couple dengan seorang lelaki kat puncak selama seminggu. Dating dengan dia or keluar sama-sama
3. nak makan sama-sama bersama group JAZZ... 
4. nak celebrate birthday kat tepi tasik
5. Nak mintak maaf dengan orang yang aku tak pernah betegur sapa dari sem 1

Inilah antara perkara yang aku nak buat sebelum meninggalkan puncak perdana untuk musim diploma.





p/s: yang nombor 2 tu, hmm... lelaki yang last aku suka kat puncak perdana ni.. paling kurang seminggu la....hmm... tak thu la dapat buat ke tak...

Monday, July 23, 2012

Cinta kepada Illahi, cinta yang abadi


assalamualaikum...

Bait-bait lagu 'Kerana Cinta' nyanyian kumpualan Mestica dan In-Team begitu mendalam maknanya...
first time dengar lagu ni, aku rasa sungguh terasa dan membuatkan aku cuba nak berhati-hati dengan cinta sesama manusia. 
Mungkin ada yang belum pernah dengar lagu ni.. Kalau kita sayang Islam sebagai agama kita,
 baiklah kita dengar lagu ni untuk peringatan kita.
walaupun macam malas nak cari lagu ni.. lirik lagu ni dah cukup mendalam... bagi orang yang bercinta mungkin  cinta itu sangat indah.. walaupun aku pernah lalui cinta sesama manusia, tapi kita akan leka dan alpa dengan apa yang kita buat.. ok, ni lirik lagu 'Kerana Cinta'..

Kerana Cinta

cinta itu cahaya sanubari 
kurniaan Tuhan Fitrah insani
dan dimana terciptanya cinta 
disitu rindu bermula

Cinta itu tidak pernah meminta
tetapi memberi sepenuh rela 
rasa bahgia biarpun sengsara
berkorban segala-gala

Semua kerana cinta
yang pahit manis dirasa
menghibur nestapa merawat luka damai 
dijiwa

terpadam api benci permusuhan
terjalinlah kasih sayang
begitulah cinta yang diidamkan
tanpa nafsu yang mencemarkan

dan jangan pula kerana bercinta 
kita pun leka entah ke mana
dan jangan pula kerana bercinta 
tergadai semua maruah agama

Cinta yang sejati hanya cintakan Illahi
Cinta ayah bonda tulus suci selamanya
cintakan saudara masa berada hanya sementara
cinta sesama insan suburkan dengan ketaqwaan


rangkap yang akhir sekali memang begitu mendalam.. kita sering terleka akan cinta di dunia.. bahawasanya cinta yang paling sejati cinta akan Illahi iaitu Tuhan kita. 
rangkap yang akhir sekali aku akan ingat sampai bila-bila... 

wassalam...

NAK KEMBALI...

aku rasa nak kembali
kembali menjadi wanita yang solehah
kembali menjadi wanita yang menutup aurat
kembali menjadi wanita yang sentiasa sentuh dan baca kitab suci
kembali menjadi wanita yang selalu mendengar tentang kehebatan agama suci
kembali menjadi muslimah yang sejati...

Dulu aku jatuh dengan lelaki yang warak 
yang sentiasa mendekatkan diri kepada Allah
yang membaca ayat Al-Quran 
yang menjadi imam
yang menjadi bilal
sehingga yang mendengar sungguh tertarik dan terus ke surau

tapi kini aku tahu jodoh itu ditangan Tuhan
Allah yang menentukan segala qada' dan qadar

aku takut akan balasan
aku takut akan hukuman 
aku takut seksaan
aku mahu kembali
aku mahu kembali
aku mahu kembali..

Ya Allah , Ya Tuhanku, aku mahu kembali seperti dulu... tolonglah hamba-Mu ini..
Amin Ya Rabbal Alamin

Tuesday, July 17, 2012

Kata- kata

Kata - kata dari junior group aku..




Group Kampung Lepeh : Zayrul, Ezzah, Alin, Wan, Mirza, Fatin, Zifa, Asfa, Ai, Hafiz dan Ogiey

Aku ada menghantar mesej kepada semua junior aku.. ada beberapa orang je yang balas.. walaupun agak dissappointed sikit.. hehe

Mesej aku: Salam, ini Kak Zana. Akak minta maaf kat korang kalau akak ada buat salah sepanjang  
                induction. Hope korang maafkan.. kalau nak gambar , add akak kat Facebook  

*lebih kuarang macam tu la mesej aku...

Ni mesej yang dibalas oleh beberapa junior aku..

Ezzah : Wslm.. eh xde lah kak..kitaorang yang patut mintak maaf... besa kepale sangatkan..haha..last2 akak2 n abg2 senior jugak yang banyak tlg... we'll always love u guys... pasni bole lepak ke outing same2 <3 :)

Zayrul : W'salam. Fb apa nama?
            Nanti saya add.

Fatin : Terima Kasih kak kerana korbankan masa ajar kitaorang, sye pown xkan lupekan akak... luv u kak...muahahaha

Ai : Salam, akak, ish akak ni wat ai tacing tau!! +,+... hehe .. ai pun xlupe punye kat akak2 n abg2 yang da induct group kitaorang., +,+  ok nnt ai add akak...

Zifa : Wasalam... kta orangpun x kan lupa akak jgak... Senior yg paling sporting prnh Zifa jmpa.. Trima Kasih jgk sbb dpttahan dgn perangai kita orang yang kadang2 mengada ckit..... heheh.., btw thnkz kak zana..

Asfa : Kak Zana n senior lain pun tbaik! Kta btuah dpat senior mcm korang... kenangan initak kan kita lupakan . n sy pun nak minta maaf kat kak zana kalo tkasa bhasa ke ape ke. hehe

Ogiey : Saya pun sama, kalau ada slh dan silap, harap akak maafkan... dah add pun. gmbr dah jd cover photo.

Wan : Wsalam... Nickname fb ape ek? hehehe

Hafiz : Wsalam kak zana.. .................sy nak ucapkan terima kasih jugk kat akak sbb tlah ajar sy nak buang perasaan malu yang tak bertempat ni.... ok kak nt sy add fb kak yup!

*actually hafiz punya mesej panjang. jadi aku pendekkan ckit.. 


aku ucapkan terima kasih sangat kat dorang... =) 
aku juga takkan lupakan dorang....

Monday, July 16, 2012

Kampung Lepeh... 2012





Kampung Lepeh... itulah kampung untuk kumpulan aku yang dinamakan oleh junior aku atau pelajar semester 1.  Program Reinvention ni aku rasa , memang meninggalkan satu kenangan yang amat manis sekali sepanjang berada di Kampus UiTM Puncak Perdana. 


Program ni, berjaya menyatukan pelajar semester 1 dan pelajar semester 5. Aku rasa nak lagi program ni lagi.. sebab junior group sentiasa beri satu komitmen yang sangat baik. 
di situlah senior juga bersemangat nak membantu mereka sepanjang program reinvention. 

Hari Pertama berkenalan dengan junior dan aku menipu nama sebenar aku. Aku cakap kat junior nama aku Siti Murni. Last2, aku cakap nama aku Zana. then, junior dapat 'barang amanah' iaitu Biskut. Dorang kena jaga biskut jangan sampai pecah atau hancur. 

inilah barang amanah yang senior bagi kepada junior sepanjang program reinvention 2012... 

Pelbagai aktiviti dilakukan untuk junior-junior ni.. antaranya nyanyi lagu janji.. then ada aktiviti bacaan Yassin, junior bertemu dengan senior program masing-masing. aku jumpa junior skrin aku macam ada yang pemalu, ada yang aktif. Macam-macam. Kenal mereka, ramai yang nak jadi pengarah ada yang nak jadi pelakon, dan ada yang nak jadi DOP. Wow, hebat cita-cita dorang. Aku? hmm.. sampai sekarang tak tahu nak jadi apa. tapi aku minat dalam broadcasting @ penyiaran. 

Jumaat malam ada aktiviti kreativiti junior. Junior ikut kumpulan kampung kena guna kretiviti dorang dengan menggunakan barang terbuang untuk dijadikan fesyen. 


Ini hasil junior kumpulan Kampung Lepeh. .. 

Actually, aku yang buat kotak tu, tapi junior yang tambah2. hehehehe... tapi baguslah dorang ada kreativiti. Ada satu kumpulan tu macam magnet sampah.. hehehe.. apa2 pun junior semester satu ni sangat2 kreatif.  selesai pertunjukkan fesyen kreativiti tu, ada pula yang rancangan senior untuk kenakan junior . Kesian dorang kena marah dengan senior. terutama yang celebrate birthday.. apa2 pun aku tak nak campur marah2 masa tu.. sampaikan ada budak pengsan. sebab tak larat. Esoknya ada aktiviti outdoor. Aku jaga checkpoint. Aku buli dorang suruh teka siapa aku. ramai junior tak boleh teka aku... Sedih doh.... (T-T) tapi aku bangga ada kumpulan dari kumpulan kampung seluaq londeh dapat teka aku. Bagus betul. Apa2 pun best dengan buli dorang hahaha.. 

Seminggu berlalu maka bermulalah latihan persembahan. Kampung Lepeh dapat persembahan teater muzikal.. kami diberi seminggu untuk berlatih. Dekat  3 hari memerah otak.. untuk buat cerita apa. Tapi junior Kampung Lepeh semangat nak pertahankan idea mereka. So senior terima dengan hati terbuka walaupun ada membangkang. kitaorang akhirnya accept sebab dah terdesak sikit. Apa2 pun sepanjang practice kitaorang senior ada tukar idea dorang sikit-sikit. Pada 11 Julai 2012 , kitaorang rehersal kat Dewan Serbaguna Kolej Jasmine.  

Esoknya, malam persembahan iaitu hari terakhir dengan pelajar semester 1. Kumpulan Kampung Lepeh melakukan yang terbaik walaupun rasa tidak puas hati.. 


Bergambar sebelum membuat persembahan..


ni video persembahan mereka...





Selepas persembahan... =)

Apa-apa pun aku sangat berpusa hati sebab junior group aku tak melawan dan tak buat perangai.. 
nanti kita apa komen junior group Kampung Lepeh ni tentang aku sepanjang induct dorang....




                                to be continued...............










Thursday, June 21, 2012

Bayang-Bayang

teringat masa zaman kanak-kanak dulu..pelik tengok bayang-bayang hitam... 
bayang-bayang tu lah hidup kita... sentiasa ikut sama ada waktu gelap, atau waktu terang... 
ada orang kata, bayang-bayang hitam tu, roh kita... tapi.. aku 50-50 nak percaya... entahlah..

selagi bayang-bayang itu ada.. selagi itulah kita perlu mara ke hadapan... 
dulu, cuba lari dari bayang-bayang... tapi bayang-bayang tu lah tidak berhenti mengejar kita.
bayang- bayang itu, melekat dengan kita...

kalau bayang-bayang itu tiada, apalah yang akan jadi ye???

Permulaan Semester Terakhir...


2 Minggu aku lalui... dengan rasa sedikit kebosanan...
satu minggu aku habiskan satu novel untuk mengurangkan rasa bosan aku. Dua novel tu 'Kan Ku Kejar Cinta Kamu', dengan 'Miss Pisau Cukur'.....



Dua-dua novel ni memang menarik.. aku memang suka.. walhal baca semata-mata nak hilangkan bosan.. 

bagi aku, novel Miss Pisau Cukur juga yang menarik... ada sedikit kelakar kat situ... apa2 pun , aku dah habiskan novel  ni... tinggal nak sambung novel yang seterusnya..................... hehehehe..